Elemen merit akan diperkenalkan sebagai elemen tambahan baharu dalam penilaian penggredan institut memandu siri 3 yang akan diadakan tahun depan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Penilaian penggredan siri 3, yang sepatutnya dibuat bermula Jun tahun ini (2020) namun ditangguhkan ke Januari tahun depan akibat pandemik COVID-19, akan melibatkan kira-kira 233 institut memandu di seluruh negara, katanya.
"Elemen merit adalah nilai tambah kepada IM (institut memandu) yang menawarkan fasiliti bertaraf lima bintang," katanya ketika merasmikan majlis penganugerahan penggredan institut memandu siri 2 di kementeriannya, di sini hari ini.
Penilaian penggredan institut memandu siri 1 dilaksanakan bermula pada Oktober 2015 melibatkan 200 institut memandu, dengan sembilan institut memandu menerima penarafan lima bintang. Siri 2 pula bermula pada Oktober 2016 melibatkan 219 institut memandu, dengan 79 institut memandu mendapat penarafan lima bintang.
Sistem penggredan institut memandu merupakan antara kaedah untuk menambah baik sistem penyampaian dari semua segi terutama kompetensi pemandu yang dihasilkan.
Wee berkata institut memandu yang memperoleh pengiktirafan penarafan lima bintang dapat membuat pembaharuan lesen tiga tahun sekali, manakala penarafan empat bintang adalah dua tahun sekali.
Beliau berkata elemen merit yang diperkenalkan dalam siri 3 itu dibangunkan bersama dengan pemain industri dan pihak seperti Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (MIROS) melalui beberapa siri bengkel bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kualiti penyampaian industri latihan pemanduan di Malaysia.
Mengenai peningkatan institut memandu yang mendapat penarafan lima bintang dalam siri 2 berbanding siri 1, Wee berkata ia menandakan industri latihan pemanduan semakin berdaya saing dan sentiasa berusaha untuk memajukan perkhidmatan pembelajaran yang disediakan.
Mengulas kadar yuran belajar memandu yang dikatakan mahal di beberapa negeri, Wee berkata terdapat institut memandu yang memberikan pakej tambahan seperti pengangkutan dan makanan kepada pelajarnya.
"Ramai yang kata yuran di Selangor tinggi... ini kerana institut memandu berikan pakej tambahan iaitu makanan disediakan dan kalau ada yang duduk jauh akan ada pengangkutan disediakan dan kami benarkan institut memandu kenakan caj 50 sen setiap satu kilometer," katanya.
Kadar yuran pembelajaran yang perlu dipatuhi semua institut memandu masih sama iaitu RM350 bagi lesen memandu kelas B2 dan RM1,150 untuk lesen kelas D, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 08 2020
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menjelaskan, elemen merit akan diperkenalkan sebagai elemen tambahan baharu dalam penilaian penggredan institut memandu siri 3 yang akan diadakan tahun depan. - Bernama
AWANI Ringkas: Asrama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu terbakar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Atlet perlu berjiwa besar raih kejayaan di Paris - Hannah
Komitmen Lee Zi Jia yang meletakkan sasaran pingat emas di temasya Sukan Olimpik Paris perlu ada dalam jiwa setiap atlet negara lain yang layak.
136 orang dilaporkan maut dalam kejadian banjir di Brazil
Angka kematian dilaporkan meningkat kepada 136 orang dalam kejadian banjir Rio Grande do Sul, Brazil pada Sabtu.
Kejadian itu menyebabkan Penduduk sebuah bandar kecil di negeri Rio Grande do Sul, bergelut dengan kerosakan yang teruk selepas hujan lebat memusnahkan rumah dan jalanan mereka.
Kejadian itu menyebabkan Penduduk sebuah bandar kecil di negeri Rio Grande do Sul, bergelut dengan kerosakan yang teruk selepas hujan lebat memusnahkan rumah dan jalanan mereka.
12 maut di Indonesia akibat banjir kilat, aliran lava sejuk
Seramai 12 orang maut dan mayat mereka sudah dibawa ke hospital, manakala empat yang lain masih dicari di daerah Agam.
Angka kematian akibat banjir di Afghanistan meningkat
Kematian tersebut dilaporkan ketika pihak berkuasa negara itu mengisytiharkan darurat dan bergegas menyelamatkan mangsa-mangsa yang cedera.
Asrama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu terbakar, 10 pelajar nyaris maut
Sepuluh pelajar lelaki Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu di sini nyaris maut selepas asrama didiami mereka terlibat dalam kebakaran awal pagi Ahad.
Disiplin anak-anak jadi jadi cabaran utama kepada golongan ibu
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri memberitahu, masalah disiplin remaja merupakan antara tiga cabaran utama dihadapi golongan ibu ketika ini.
Sukan Olimpik Paris: Larian obor terencat gara-gara kawah gagal dinyalakan
Momentum semangat untuk menyambut temasya Olimpik Paris 2024 sedikit terganggu gara-gara disebabkan kawah obor yang gagal menyala sebaik tamatnya fasa larian.
22 maut, 7 cedera, 2 hilang selepas banjir landa Sumatera Barat
Operasi menyelamat masih diteruskan di mukim terjejas termasuk Canduang, Sungai Pua dan Koto susulan hujan lebat pada 9 malam waktu tempatan.
Kemenangan PRK Kuala Kubu Baharu bukti kerjasama erat parti dalam PH - Fadillah
Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada PRK Kuala Kubu Baharu semalam merupakan bukti kerjasama erat parti-parti dalam komponen itu.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.